SKOP
NaREC'12 merupakan platform bagi perkongsian maklumat warga Politeknik dan Kolej Komuniti KPT. Ia meliputi pelbagai bidang pendidikan seperti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan pendidikan, keusahawanan, e-learning, dan lain-lain. Kolokium ilmiah ini komited untuk menyebarkan penemuan terbaru dalam penyelidikan dan pembangunan pendidikan.PROSEDUR PENGHANTARAN
Artikel (dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu) mestilah karya yang asli dan belum pernah diterbitkan atau tidak dihantar serentak untuk pertimbangan mana-mana penerbitan/pembentangan lain. Artikel ditaip menggunakan pada kertas bersaiz A4 tidak melebihi 5000 patah perkataan hendaklah dihantar ke emel zuraidah@polipd.edu.my atau zu58@yahoo.com.sg. Penulis yang telah diterima artikelnya untuk pembentangan dikehendaki menghantar artikel akhir yang telah disunting dalam bentuk softcopy ke emel yang sama seperti di atas.HAK CIPTA
Penulis bertanggungjawab untuk memastikan karyanya tidak melanggar mana-mana hakcipta. Editor dan penerbit tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perlanggaran hak oleh penulis.PENILAIAN
Artikel akan melalui proses double-blind review dan akan dinilai oleh sekurang-kurangnya seorang penilai. Keputusan mengenai penerimaan artikel adalah berasaskan cadangan penilai. Kriteria penilaian adalah berdasarkan kesesuaian karya untuk NaREC'12, nilai sumbangan terhadap disiplin, kesesuaian karya dari aspek konseptual dan teknikal serta kejelasan persembahan penulisan.PANDUAN PENYEDIAAN ARTIKEL
Penulis perlu menyediakan artikel seperti yang dinyatakan dalam panduan berikut. Artikel yang tidak disediakan mengikut panduan ini boleh dikembalikan setelah dibuat pembaikan.Penaipan
Kandungan artikel perlu ditaip menggunakan Times New Roman, font size 12, single spacing, pada kertas bersaiz A4 tidak melebihi 5000 perkataan. Taipan perlu jelas dan boleh dibaca. Gunakan jidar sekurang-kurangnya 1.5 inci di sebelah kiri, serta 1 inci dari atas, bawah dan kanan setiap halaman. Rujuk Format Penulisan Artikel NaREC'12.
Format dan gaya
Artikel berbentuk Penyelidikan
Secara am, bahagian isi merangkumi Pengenalan, Metodologi, Dapatan dan Perbincangan, Kesimpulan dan Rujukan. Berikut adalah beberapa elemen yang perlu dimasukkan dalam penulisan artikel berbentuk empirikal. Untuk bahagian Pengenalan, penghujahan dilakukan dalam konteks literatur yang sedia ada dengan memberi gambaran kesignifikinan kajian atau dapatan daripada aspek: Mengisi kelompangan teori / ilmu / literatur / metodologi / pengetahuan profesional yang sedia ada; dan / atau potensi untuk menambah baik amalan. Untuk bahagian Metodologi; perkara yang perlu dibincangkan ialah asas teori pemilihan rekabentuk, pemilihan sampel, pembinaan instrumen serta kaedah analisis (kuantitatif atau kualitatif). Untuk bahagian Dapatan dan Perbincangan, penulis perlu merumuskan data dengan menyediakan jadual / graf atau tema di mana data mudah difahami. Laporkan dapatan yang paling signifikan dan kaitkan dengan persoalan kajian, juga nyatakan isu praktikal yang timbul dalam pengutipan data seperti kesahan, kebolehpercayaan, generazability / transferability; tertakluk kepada konteks kajian. Untuk kesimpulan penulis perlu nyatakan implikasi, kesignifikan dan limitasi kajian secara sepadu.
Artikel konseptual
Satu artikel konseptual perlu mempamerkan penghujahan yang mantap yang menjawab satu atau beberapa persoalan yang berkaitan. Artikel bermula dengan ulasan kajian terdahulu terhadap topik yang dipilih dan menyediakan hujah, bukti dan contoh-contoh yang membuktikan tesis pengarang terhadap persoalan kajian. Artikel adalah bukan berbentuk non fiksyen tetapi pengarang perlu mengambil satu pendirian subjektif terhadap isu/ persoalan yang dihujahkan.
Rujukan lain:
YURAN PENYERTAAN
- Setiap pembentang perlu membayar yuran sebanyak RM65.
- Setiap peserta (yang hadir untuk menyaksikan pembentangan) perlu membayar yuran sebanyak RM15.
- Ahli kumpulan yang tidak membentang dianggap sebagai peserta dan perlu membayar yuran sebanyak RM15.
- Setiap pembentang akan diberi buku prosiding, sijil dan makan. Manakala bagi peserta, buku prosiding tidak akan diberikan.
- Nama Bank: Maybank Berhad - MBB
- No Akaun: 5050 4611 8199
- Bayaran atas nama: KOPERASI POLITEKNIK PORT DICKSON BERHAD
- Nama:
- Institusi Pengajian (Politeknik / Kolej Komuniti / Universiti):
- Tujuan: NaREC'12
- Tajuk Pembentangan: