National
Research & Education Colloquium 2012 (NaREC'12) merupakan kolokium
yang dianjurkan bagi menyemarakkan perkongsian maklumat dalam kalangan
pensyarah politeknik dan kolej komuniti. Ia meliputi pelbagai bidang
ilmu. Kolokium ilmiah ini komited untuk menyebarkan penemuan terbaru
dalam penyelidikan dan pembangunan pendidikan.
OBJEKTIF
- Menggalakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan pendidikan, dan
inovasi dalam kalangan pensyarah politeknik dan kolej komuniti KPT.
- Menggalakkan pertukaran maklumat antara pensyarah.
- Menyediakan platform bagi perkongsian pengetahuan dan pengalaman
dalam bidang pendidikan, pengurusan, inovasi dan bidang lain yang
berkaitan.
TEMA
Budaya Penyelidikan Menjana Kreativiti dan Inovasi
SUB TEMA
(tetapi tidak terhad kepada):
- Pendidikan Inovasi dan Kreativiti
- Pengurusan Inovasi dan Kreativiti
- Teori Pengurusan
- Teori Pendidikan
- Amalan Pengurusan
- Amalan Pengajaran
- Sistem Pentadbiran
- Dasar Pendidikan
- Psikologi Pengurusan Strategik Pendidikan
- Reformasi Pengurusan Organisasi Pendidikan
- Pengurusan Pengetahuan
- Latihan Staf
- Pendidikan Teknologi
- Pengurusan Organisasi
- Pembaharuan Kurikulum
- Pengurusan Maklumat Pendidikan
- Pengurusan Teknologi Pendidikan
- Pengurusan Pendidikan Teknikal Vokasional
- Pendidikan Kejuruteraan
- Pendidikan Dewasa
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pengurusan Kewangan
- Pendidikan Ekonomi/Keusahawanan
- Pembangunan Sosial
- Pengurusan Ekonomi
- Pembangunan Teknologi
- Pengurusan Psikologi
- Pengurusan Projek